Tuesday 10 May 2011

Dakwah aNd MasyaRakaT mAjmUk

Hari ni aku x de keje n  aku nak berkongsi ngan korg semua ape yg aku penah wat....
aku nak kwn2 aku belajar sesuatu drpd blog aku ni...huhuhu 
aku rse nak jd tecture la..huhuhu ( tp bukan impian aku)

hari ni aku igt nak nak berkorsi ilmu tentang dahwah n masyarakat majmuk... hop ade yg nak membace...

Definisi dakwah
Dari segi bahasa: Meminta tolong, beribadah, menjemput, menyeru, mengajak
Dari segi istilah: Usaha untuk mengajak manusia serta menyeru masyarakat mentaati ajaran islam dan menyebarkan nilai-nilai islam.

Definisi masyarakat majmuk
Di Malaysia terdapat pelbagai bangsa dan agama. Sebagai negara yang mengamalkan kebebasan agama, tetapi masih menjadi satu negara yang menjadikan islam sebagai agama rasmi . Di Malaysia terdapat empat agama utama iaitu Islam, Kristian, Hindhu dan Budha. Manakala terdapat beberapa bangsa utama seperti melayu, cina, india dan terdapat juga pelbagai kaum lain seperti kadazan, bajau, dusun dan sebagainya. Sebagai sebuah negara yang terdapat pelbagai agama dan kaum, Malaysia wujud sebagai sebuah negara yang bermasyarakat majmuk dan perpaduan kaum.

Hukum
Fardhu Ain
Wajib ke atas setip umat islam..
Umat Islam perlu mengambil bahagian dalam penyebaran dakwah Islam bagi menjamin keberkesanan institusi dakwah
Fardhu Kifayah
Wajib ke atas sebahagian ahli masyarakat..
Korg jgn igt ni hukum ape lak ok… ni hukum dakwah dalam islam yg perlu dilakukan oleh semua umat islam di Malaysia taupon di luar Negara.
Badan-badan dakwah yang khusus perlu diwujudkan supaya penyelarasan dakwah dapat dilakukan dengan lebih sistematik

Kepentingan dakwah dan sebab-sebab penyebaran
Mengajak manusia hidup berdasarkan landasan yang disyariat Allah s.w.t serta memperjuangkannya sebagai ad-Din yang syumul dan kamil. Dakwah adalah usaha untuk menarik kumpulan sasar kepada kebaikan Islam agar selaras dengan status Islam iaitu agama paling mulia.
Sebab-sebab penyebaran
-Menyebarkan agama islam dengan lebih meluas
-Membentuk umah yang cemerlang selain membentuk umat islam yang cemerlang di   Malaysia
-Membentuk keperibadian yang mulia secara individu mahupun masyarakat
-Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Menunjukkan Malaysia sebuah negara islam yang boleh dicontohi.

Suasane di masjid..klu mcm ni bgus la..


 pehh..lawa la masjig ni...

 indahnye islam ini ya Allah

Sejarah perkembangan dakwah
Sejarah perkembangan dakwah semasa zaman Rasulullah s.a.w
Pada zaman Rasulullah s.a.w, inAllahdakwah islam disebarkan secara sembunyi. Ini kerana orang kafir yang menentang penyebaran islam dengan kekerasan bagi tujuan islam tidak disebarkan. Islam disebarkan secara perlahan-lahan dan bermula dengan ahli keluarga serta sahabat terdekat. Hijrah berlaku kerana dakwah Rasulullah ditentang hebat oleh kaum musyrikin Mekah.

Sejarah perkembangan dakwah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w
-Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, dakwah islam terus disebarkan dan dikembangkan dengan adanya para sahabat.
-Ulama-ulama mu’tabar.
Perkembangan dakwah di Malaysia
Sebelum kemerdekaan
-Hubungan diplomatic. Hubungan Tanah Melayu dengan negara-negara islam lain.
-Perdagangan. Bermula apabila pedagang Arab yang datang ke Tanah Melayu untuk berdagang menyebarkan ajaran islam.
-Institusi raja. Raja melayu pertama memeluk islam ialah Raja Megat Iskandar Syah @     Parameswara.
-Perkahwinan.
-Penulisan -surat khabar,hikayat, cerpen dan majalah.

Selepas kemerdekaan
-Institusi pendidikan. Samada di sekolah dan insitusi pengajian tinggi, subjek agama islam merupakan teras utama dalam penyebaran dan ajaran agama islam.
-Badan-badan dakwah yang khusus, sama ada kerajaan dan bukan kerajaan(NGO) seperti ABIM, PERKIM, PERKIDA, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan banyak lagi.
 Pehhh..lawa..I like




wauuuuu

Cabaran dan cara penyelesaian dalam perlaksanaan dakwah di Malaysia
Cabaran dalam perlaksanaan dakwah
Berkomunikasi dengan tidak beradab adalah punca dakwah tidak dapat disampaikan. Ni gak jd masalah kat kite sbb kurangnya ahli ulama atau pendakwah. Tiada pendedahan tentang teknik dakwah yang betul. Klu bende ni x de mcm mane na mempengaruhi pemikiran org lainkan. Berlaku perbezaan pendapat dalam perundangan. Pendakwah Islam kurang menguasai budaya dan memahami agama masyarakat lain. Perndakwah 2 sendiri perlu tahu situasi ape yg sedang dilalui n dapat sesuaikan diri dengan situaisi... korg jgn lak pike klu suasane kat situ negetif kene la hindarinye ok..

Wujudnya persaingan. Pendakwah agama lain lebih bersemangat untuk menyebarkan agama mereka berbanding pendakwah islam. Ni pon jd masalah gak… korg bygkan la klu pendakwah agama lain lg bersemangat drpd pendakwah kite sendiri.. korg nak ke agama islam ni ditelan zaman atau pupus mcm 2 je…hadooii… Saudara Islam yang baru kurang mendapat perhatian dari masyarakat sekeliling… kite n sesame islam ni perlulah saling bantu membantu.. brulah org bukan islam ni tertarik dengan islan itu sendiri… Badan-badan dakwah tidak mempunyai keseragamaan untuk bersatu… kte dpt lihat pde mase kini pendakwah kite ni selalu sgt memntingkan diri sendiri… aku x nak sabot spe… mungkin antara korg ade yg tau… dlm pemikiran dieorg ni x de ke sikap nak bersatu utk menyebarkan agama islam… 
Ni la yg paling memainkan peranan pde mase kini… iaitu media massa yang kurang membantu dlm menyebarkan dakwah. Media massa lebih banyak memaparkan corak berbentuk hiburan semata-mata… korg sendiri dpt tkg kat tv.. bpe byk hiburan yg dipaparkan kepada masyarat kte… klu ade pon mungkin antara kite ni klu ade ceramah agama or azan ke de yg alih saluran g saluran lain… ni la sikap remaja skrg kan…. Spe mkn cili terase la pedasnye kan…(tp aku rase pedasnye la)

Terime kasih ye sbb bace… 
Klu ade slh kate n silap tulis hrp dimaafkan.



No comments:

Post a Comment